Wednesday, 14 August 2013

TAHUN PERTAMA BERSAMA SHAKLEE




 Oleh: Faridah Daik  

14 haribulan Ogos 2013, genaplah setahun saya menjadi Distributor Shaklee. Pelbagai cerita suka-duka yang telah diharungi untuk melalui tahun pertama sebagai pengedar Shaklee yang pada masa yang sama menjadi isteri kepada suami tercinta, ibu kepada dua orang cahaya mata dan suri rumah tangga secara serentak. Yang penting, terlalu banyak pengalaman berguna yang telah diperolehi yang sedikit sebanyak mematangkan fikiran dan pandangan saya terhadap kehidupan.

Maka benarlah:
1. Taatilah dan jagalah perintah Allah jika ingin Allah memberi perlindungan dan penjagaan ke atasmu.
2. Berbuat baiklah sesama manusia, bantulah mereka yang memerlukan jika kamu ingin merasai dikasihi dan disayangi oleh mereka.

Memilih Shaklee:
1. Saya mendapat tahu ianya supplemen yang top bagi ibu hamil, bepantang & menyusu. Akhirnya tidak memilihnya sewaktu hamil anak pertama pada tahun 2010. (memilih produk lain)
2. Survey Shaklee sekali lagi namun masih ragu-ragu mencubanya semasa hamil anak kedua sekitar tahun 2011-2012. (memilih produk lain)
3. Gelombang Shaklee memang berkumandang sejelas-jelasnya di ruang internet. Syor daripda seorang kawan yang mengamalkannya sewaktu hamil dan berpantang jelas sekali menarik minat saya untuk mencubanya ketika berpantang dan juga sebagai booster susu. Alhamdulillah sangat berkesan. Rasa perbezaan yang ketara. Luka cepat sembuh, badan rasa segar, lebih bertenaga dan mampu menyusu penuh anak kedua ni. Perkembangan anak pun sangat positif setelah lahir underweight (2.38kg). Alhamdulillah, bersyukur pada Allah.
4. Kemudian, repeat order menggunakan ID kawan dan terus menggunkan Set Lengkap Ibu Menyusu. Memang jelas terasa kesihatan saya dan anak bertambah baik. Semua wanita inginkan kesihatan yang baik, kulit yang cantik dan kembali ke bentuk asal selepas bersalin. Alhamdulillah, anak pun dapat terus menyusu dengan sempurna.

Shaklee Independent Distributor:
1. Dengan izin Allah, saya telah register Shaklee di bawah mentor saya, Master Rozyta Ismail pada 14 Ogos 2012.
2. Memang dah memasang niat untuk berkongsi kebaikan Shaklee kepada kawan-kawan, keluarga dan kenalan terutamanya bagi set ibu hamil, berpantang dan menyusu.
3. Terus mempelajari/mendalami produk-produk Shaklee dan memahami pelbagai jenis supplemen, penyakit serta amalan penjagaan kesihatan dan kebersihan. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara. (Shaklee: BETTER YOU, BETTER WORLD)
4.Mula merancang untuk membina rangkaian perniagaan Shaklee melalui perkongsian kebaikan produk dan keutuhan jenama dan syarikat Shaklee yang merupakan pengasas Multivtamin pertama di dunia.
5. Menggunakan media sosial sebagai tunjang utama, facebook dan blog sesuai dengan gelaran Work At Home Mom (WAHM). Mula membeli dan menyimpan stok secara berperingkat.
6. Supplemen dan produk-produk Shaklee di Malaysia menjadi semakin popular. Set Kehamilan, set kesuburan, set berpantang, set ibu menyusu, set kencing manis, set kulit cantik, set diet/turun berat badan, set darah tinggi, set minda pelajar, set kesihatan umum dan lain-lain kombinasi lagi yang sememangnya menawarkan setiap individu untuk menambah baik tahap kesihatan mereka, InsyaAllah.

Kelebihan Shaklee (pada pandangan saya):
1. Asasnya sudah tentu terletak pada kekuatan/kebaikan produk. Dengan menggunakan moto; SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN dan SENTIASA MESRA ALAM, Shaklee merupakan pengeluar makanan tambahan/suppplemen/vitamin yang sangat selamat dan dihasilkan daripada sumber-sumber semulajadi (bukan vitamin sintetik seperti yang berlambak di pasaran yang dihasilkan daripada bahan kimia dan sumber petroleum). Ianya diiktiraf halal oleh Islamic Services of America (ISA) dan IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America) yang mana kedua-dua badan tersebut diperakui oleh JAKIM. Supplemen Shaklee melalui uji kaji makmal yang berterusan bagi menjaga kualiti dan keberkesanan penggunaannya. Banyak kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh Shaklee turut mendapat iktiraf paten/hak cipta. (Vitalea merupakan Multivitamin semulajadi pertama yang dicipta oleh Dr Forrest C Shaklee pada tahun 1915. Nama asal Vitalea adalah Vitalized-Minerals)
2. Syarikat Shaklee merupakan peneraju dalam suplemen nutrisi dan industri MLM. Shaklee telah membuktikan kejayaan dalam bisnes MLM lebih daripada 57 tahun. Bahkan, pelan pemasaran MLMnya adalah asli dan tidak pernah berubah daripada tahun 1956. Malah, terdapat banyak syarikat MLM lain yang berkembang di USA yang menyadur pelan pemasarannya. Bagi umat Islam, tak perlu risau, konsep pelan pemasaran MLM Shaklee adalah sah (bukan sistem piramid/bukan skim cepat kaya/pemberian bonus yang adil berdasarkan belian bukannya jualan) InsyaAllah.

Kenangan Tahun Pertama:
1. Gambar yang dilampirkan merupakan cek pertama saya daripada Shaklee (bonus belian pertama saya pada bulan Ogos 2012) yang akan terus disimpan sebagai memori yang terindah.
2. Sesungguhnya rezeki Allah sangat luas, daripada nilai sekecil itulah saya bermula. 9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan. Tidak dinafikan juga "The Power of MLM" yang merupakan satu cabang perniagaan yang berkembang pesat di seluruh dunia.
3. Dengan MLM, kita dapat memiliki perniagaan sendiri, menjadi leader kepada organisasi/group yang kina bina sendiri. Kita akan menguruskan perniagaan kita tanpa terikat kepada mana-mana pihak. Konsep ini sangat sesuai kepada saya yang telah memilih untuk menjadi Work At Home Mom (WAHM). Duduk rumah menguruskan rumahtangga, jaga anak-anak sambil berbisnes dan melayan customer di facebook, sms, blog.
4. Terima kasih kepada suami tercinta, yang telah merestui pekerjaan saya ini dan terlalu banyak membantu terutama dalam memahami pelan pemasaran, turut melayani customer dan menjadi courier ke hulu ke hilir mengambil dan menghantar/pos bungkusan Shaklee.
5. Terima kasih kepada kawan-kawan saya yang telah mengesorkan saya kepada Shaklee. Terima kasih kepada rakan-rakan suri rumah yang sama-sama mendorong saya untuk memulakan bisnes dari rumah.
6. Terima kasih kepada upline/mentor saya yang disegani, Master Rozyta Ismail & Master Abdullah Ismail yang sentiasa memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya terutamanya berkaitan produk, pelan pemasaran dan peluang-peluang di dalam Shaklee. Tidak ketinggalan Master-master yang telah berkongsi ilmu secara langsung atau secara tidak langsung.
7. Terima Kasih dan tahniah kepada Khairiza Rashid yang juga merupakan seorang suri rumah yang merupakan leader pertama yang dilahirkan daripada organisasi saya. Anda turut menjadi idola dan pemberi inspirasi kepada saya untuk terus berjuang dan membina rangkaian dalam perniagaan ini.
8. Terima kasih dan tahniah kepada leader-leader Rafiah Sidi Ali, Amalina Arif, Shiela Nasyrah dan Zuriah Mohd Diah yang telah membantu mengembangkan Organisasi.
9. Terima kasih dan tahniah kepada bakal-bakal leader yang akan lahir. Saya akan terus memberi bantuan seadanya kepada anda semua dalam membina rangkaian perniagaan anda pula.
10. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli-ahli Group Shaklee Forever. Sokongan yang anda berikan begitu bermakna dan besar ertinya buat Group Shaklee Forever dan saya sendiri.
11. Terima kasih kepada kepada semua rakan-rakan, ahli keluarga, pelanggan-pelanggan, peminat-peminat dan pengikut-pengikut yang terus memberi sokongan kepada www.facebook.com/boostersusu dan www.boostersusu.blogspot.com

Penutup/kesimpulan:
1. Saya berazam untuk teruskan berkongsi kebaikan-kebaikan Shaklee kepada semua orang yang saya temui. Kekuatan produk dan keutuhan syarikat merupakan modal dan aset utama yang saya pegang.
2. Saya berazam untuk terus membantu dan memberi sokongan sedaya-upaya saya kepada semua ahli-ahli di bawah organisasi saya (Group Shaklee Forever). Kita akan mengaturkan pelbagai aktiviti bersama bagi mematangkan dan menambahkan ilmu berkaitan produk, pelan pemasaran dan peluang-peluang yang Shaklee tawarkan sepanjang satu tahun ke hadapan.
3. Saya berazam untuk membantu sesiapa sahaja terutamanya rakan-rakan suri rumah untuk turut menyertai keluarga Shaklee, menggunakan dan berkongsi kebaikan Shaklee dengan semua orang serta menjana pendapatan dari rumah.
4. Saya berazam untuk terus mempelajari ilmu dalam pengurusan perniagaan, memahami falsafah dan matlamat Shaklee, berkongsi visi dan misi dengan semua ahli Organisasi agar jenama Shaklee terus terpahat di hati semua ahli, InsyaAllah. 

P/s:
*1- Teruskan berkongsi kebaikan Shaklee dengan Semua orang. "Sharing is caring".
*2- Sentiasa berdoalah agar dipertemukan dengan orang-orang yang sememangnya mencari atau tercari-cari makanan tambahan atau supplemen yang terbaik. "Shaklee: Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Mesra Alam"

1 tahun yang amat bermakna buat diri saya dan keluarga. Semoga Allah memakbulkan doa kita semua dan memberi Kejayaan kepada Group Shaklee Forever.

Yang benar,

FARIDAH DAIK

15.8.2013

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...